Resepi Sup Ayam

* i will be writing this recipe in Bahasa Malaysia + English = Manglish, people, thanksss. oh, mayn, i could sure eat some mangosteens now... (i dunno, saying 'Manglish' instantly reminded me of mangosteens)

OK saya nak minta maaf sebab takde gambar sup ayam yang lagi cantik. Tapi gambar cantik ke tak cantik, sedap OK sup ayam nih.




Lepas tu takde mangkuk yang lagi besar untuk muatkan drumstick ni eh? HAR HAR HAR.




Anyway, tak penting semua tu. Yang penting saya rasa resepi sup ayam ni not bad, not bad at all (cakap line "not bad, not bad at all" guna suara Spike dalam Notting Hill, played by Rhys Ifans, dalam scene dia baru lepas nampak Anna/Julia Roberts tengah mandi dalam tub. HA HA HA)

Teruskan membaca kalau minat nak tau macam mana nak buat sup ayam ala-ala Mak Liyana Aris. Super senang, babes.

Bahan-bahan (untuk 2 orang):
- 4 keping ayam (sebab kami berdua je makan kat Paris ni. sorang dua ketul drumsticks)
- 3 biji bawang merah kecil *
- 3 biji bawang putih *
- 1x2x2 cm halia * (ini sangat lah approximate; korang kena pandai bajet berapa halia sendiri lah, better that way)
- 1 paket sup bunjut
- 1 sudu besar lada hitam
- garam secukup rasa
- 1 batang kayu manis
- 3 kuntum bunga lawang (ni main agak je)
- 3 biji buah pelaga (ni pun sama)
- 1 batang lobak merah (optional; Mak letak ni kadang-kadang je)
- 1 bii kentang (optional; same as above)

Cara-cara:
1. Blend bahan-bahan yang bertanda * kat tepi dia.

2. Panaskan minyak dalam pot. Tumis bahan-bahan blend sampai wangi. Mmm. Bau tumisan bawang selalu paling sedap.

3. Letak kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga dan kacau-kacau bagi tumis sekali. My Mommeeyh kata suka hati lah nak letak sup bunjut tu sebelum letak air ke selepas ke, so saya tumis sekali sup bunjut tu sebenarnya.

4. Tambah air. Banyak mana tu kena pandai bajet. Cooking is all about self-budgeting eh? Suka hati lah sup banyak mana nak tambah, tapi berpada-pada lah. Kalau banyak sangat nanti sup rasa macam air pulak. Kalau tak pandai bajet, macam masa saya mula-mula start masak bertahun-tahun lepas, letak je lah sikit je dulu. You can always add more water later. Bagi air didih sikit. Tambah garam sikit dulu.

5. Letak ayam ke dalam. Bagi ayam masak dengan sendiri dalam sup tu.

6. Kalau korang minat nak letak lobak dengan kentang, peel dan potong kecik-kecik. Masukkan bila rasa-rasa ayam tu dah masak halfway. Biar ayam sambung masak dan biar lobak dengan kentang lembut. Kalau taknak tambah bahan lain, skip step 6 ni.

7. Bila confident ayam dah masak, rasa sup. Kalau tak cukup garam, tambah. Kalau tak cukup spicy, tambah lada hitam. OK dah? Sedap dah? MAKAN!!!

Sup ayam Mak saya mungkin lauk paling kegemaran saya in the whole wide world. Bila cakap favourite saya sup ayam, mungkin rasa mcam bosan sikit, sebab macam, "Huh? Sup ayam? Mak kau terer masak lauk lemak cili api, rendang, masak merah, maska padprik, segala semua jenis, favourite lauk kau sup ayam??".

Memang betul Mak saya terer masak semua benda and SEMUA lauk dia paling sedap dalam dunia. Tapi, entah. Orang kata sup ayam ni comfort food. Maybe sebab tu lah kot. And nothing comforts me better than my Mommeyh's sup ayam. Nak buat cemana dah saya suka. Tambah kalau ada lauk sambal kentang/ikan bilis bercili kat sebelah. 

Saya memang sukaaaaaaa sangat segala jenis sup pun. Second favourite lauk saya is sup tulang Mak, third is her steamed fish. Tapi saya tak tau langsung buat sup tulang dengan steamed fish. Hmmm actually fikir-fikir balik, sup ayam dengan sup tulang Mak dua-dua sedap sangat tak tau mana first sekarang. Dua-dua nombor satu boleh tak?

Tapi saya nak bagitau and nak ingatkan, resepi ni Mak saya ajar over the phone je masa saya study kat New Zealand, so ni bukan exact resipi Mommeeyh. Hers will always taste much, much better. Also, saya paling suka bila Mak masak sup ayam tanpa lobak dengan kentang tu. Sup ayam "nude" dia lagi sedap, hahaha! Tapi bila letak lobak dengan kentang, rasa dia sliiightly lain tapi rest assured, still sangat sedap. Lagipun, bila saya malas nak masak lauk sayur separate, sup ayam dengan lobak dan kentang ni kira two-in-one, so, easy peasy!

So, kalau korang memang tengah carik resepi sup ayam yang easy-peasy dan sedap, ini lah dia. Selamat mencuba people!
xxoo

Comments

Contact Form for Pages [DO NOT DELETE]

Hi, I'm Liyana

I'm a style & lifestyle blogger based in sunny (and ever humid) Malaysia. On The Good Weekender, you can find typed journals of my evolving modest personal style, travel adventures, skincare/beauty updates, home decor things, and stories of other bits and pieces of my everyday life. I hope you'll enjoy flipping through these pages of my virtual book!